Welcome To My Blog
|Home|Follow|Dashboard|

Sunday, December 16, 2012

BERPOSING SEBENTAR

Salam 1Malaysia ....

Hari ini cikgu ingin berposing bersama anak-anak... di bawah ini merupakan sebahagian dari ahli keluarga cikgu... jom layan... ;-)













SALAM MURID-MURID DI KASIHI SEMUA..

CIKGU INGIN BERKONGSI AKTIVITI PEMBELAJARAN DI DALAM KELAS.. JOM TENGOK MURID-MURID...

SLIK KLIK DI SINI... ;-)

http://www.slideshare.net/rasidahstm1/aktiviti-dalam-kelas-tahun-2

Wednesday, December 12, 2012

TERIMA KASIH CIKGU

Salam murid-murid..

Siapa yang suka dengan cerita Upin & Ipin?? Sila angkat tangan..;-)...Di sini cikgu ingin berkongsi lagu TERIMA KASIH CIKGU by Upin Ipin feaT Najwa Latiff..

Jom Layan...;-)




Negaraku..

Negaraku adalah Lagu Kebangsaan Malaysia. Pertama kali diperkenalkan pada tahun 1957 ketika Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Ia kemudian digunakan sebagai lagu kebangsaan Malaysia ketika penubuhan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.



CONTOH SOALAN PBS

Salam sayang murid-murid. Hari ini cikgu ingin berkongsi beberapa contoh soalan PBS. Jom tengok.. ;-)

Klik di bawah..

http://www.scribd.com/doc/116586782/contoh soalan PBS

Menyusun Perkataan

Susun perkataan-perkataan di bawah supaya menjadi ayat yang betul.

1.  Ibu - pejabat- sahaja  - baru - dari - pulang
 _________________________________

2.  Mutiara - Satu - murid - Saya - Tahun
__________________________________

3.  cerita - Hobi - membaca - Iman - buku
__________________________________

4.  Yassir - guru - menjadi - bercita-cita
__________________________________

5.  Abang - menolong - ibu - rumah - mengemas - dan - kakak
__________________________________

Karangan Cereka

Kamu bercita-cita hendak menjadi seorang doktor.Tuliskan sebuah karangan mengenai cita-cita kamu itu.

                      Cita-Cita Saya
                                                    
~ lakukan                                                  
~ berazam                                                
~ merawat dan mengubati pesakit         
~ membantu                                             
~ tercapai
~ melanjutkan pelajaran ke universiti 
~ hospital atau klinik
~ belajar rajin-rajin
~ membayar
~ pekerjaan
~ kesihatan orang ramai


                    Semua orang ada cita-cita. Cita-cita ialah apa yang kita akan _______________
pada masa akan datang. Biasanya cita-cita ialah jenis _________________ kita apabila dewasa nanti.

                   Saya juga ada sebuah cita-cita. Cita-cita saya ialah ingin menjadi seorang doktor. Tugas doktor ialah _________________________. Doktor bekerja ____________________

                   Saya ingin menjadi seorang doktor kerana mahu menjaga __________________.
Saya mahu seluruh rakyat Malaysia sihat daripada segala penyakit. Saya juga mahu _____________________ orang-orang miskin yang tidak mampu ____________________
harga ubat.

                  Untuk menjadi seorang doktor, saya mesti _____________________________
dari peringkat rendah lagi. Saya akan mengikut nasihat guru dan ibu bapa saya. Saya akan belajar hingga berjaya _______________________________.

                  Saya ___________________________ untuk mencapai cita-cita saya suatu hari nanti. Saya berdoa semoga cita-cita saya itu akan ____________________ juga akhirnya.

Saturday, December 8, 2012

SIMPULAN BAHASA

Salam murid-murid..

Hari ini cikgu ingin berkongsi satu lagi tajuk .. Tajuk yang ingin kongsikan ialah SIMPULAN BAHASA..

Apa itu SIMPULAN BAHASA??

~ Merupakan bentuk peribahasa yang paling ringkas
~ Kebiasaannya terdiri daripada dua patah perkataan.
~ Membawa maksud halus

Di bawah terdapat beberapa contoh SIMPULAN BAHASA :-



Latihan Simpulan Bahasa


Pilih jawapan yang betul.


1.
Sebagai anak perempuan tunggal, Aminah menjadi ______________ keluarga Encik Atan. Segala permintaannya dipenuhi termasuk dibelikan barang-barang mewah.   
A
anak angkat
B
anak buah
C
anak emas
D
anak pungut

2.
Pelajar yang _____________ itu menjawab semua soalan Matematik dalam masa 20 minit sahaja.  
A
telinga lintah
B
malu-malu kucing
C
tawar hati
D
tajam akal  
3.
``Nampaknya saya ______________, sampai-sampai saja makanan enak sudah terhidang di atas meja,’’  kata Ahmad kepada Haji Karim.  
A
makan angin
B
tangkai jering
C
langkah kanan
D
durian runtuh  
4.
``Makan ______________ sahaja, ketika waktu pejabat awak tidur, cukup bulan tuntut gaji lebih,’’ herdik majikan itu kepada pekerjanya.  
A
makan angin
B
gaji buta
C
banyak mulut
D
panas hati  
5.
Murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran atau peribadi dinasihati meluahkan___________nya kepada guru kaunseling secepat mungkin.  
A
isi hati
B
serkap jarang
C
ringan mulut
D
panas hati  
6.
Halimah dan suaminya kini hidup gembira selepas dikurniakan seorang ____________ baru-baru ini.  
A
cahaya mata
B
sakit mata
C
mata air
D
putih mata  
7.
Kes itu telah menjatuhkan _______________nya, apatah lagi selepas tuduhan oleh penduduk kampung ke atasnya dilakukan secara ________________.  
A
air mata, bidan terjun
B
air muka, serkap jarang
C
air mata, tangkai jering
D
air muka, rambang mata  
8.
Setelah lima kali gagal dalam ujian itu, Shahdan mula ___________ untuk mencuba buat sekian kalinya, apatah lagi kini dia sedang menghadapi masalah kewangan  
A
putih mata
B
ringan mulut
C
tawar hati
D
jatuh hati  
9.
Jangan ___________ dengan kejayaan rakan-rakan kerana kalau kita rajin berusaha, tentu kita juga akan berjaya.  
A
jatuh hati
B
iri hati
C
isi hati
D
harga diri  
10.
Sejak menjadi ___________ kepada keluarga kaya itu, dia mula _____________ dan enggan mendengar nasihat kawan-kawan serta guru-guru di sekolahnya.    
A
anak angkat, besar kepala
B
anak angkat, banyak mulut
C
anak emas, serkap jarang
D
anak buah, malu-malu kucing

PERSIAPAN PERSEKOLAHAN SESI 2013

Selamat pagi murid-murid..

Tinggal beberapa hari lagi kita akan memasuki tahun 2013.. Sesi persekolahan pun akan bermula..Bagaimana dengan persiapan murid-murid? Cikgu berharap murid-murid dapat memanfaatkan cuti persekolah dengan aktivi yang berfaedah.. 

Murid-murid sudah bersedia untuk memulakan sesi persekolahan? Ibu bapa/penjaga dan muri-murid mesti tengah sibuk membuat persiapan persekolahan kan.. 

Berhemahlah dalam perbelanjaan dan berhati-hati ketika membeli kelengkapan persekolahan.. 

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH !!!

(kartun ehsan Doodle Dakwah Facebook)

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN 2012

http://www.slideshare.net/rasidahstm1/rancangan-harian-15552810
Gariskan kata nama am dalam ayat-ayat di bawah ini. 

  • 1.  Wanita yang berselendang putih itu hendak melawat Zuraini. 
  • 2. Kedutaan asing itu akan ditutup kerana melakukan pengintipan. 
  • 3. Mereka membuat kritikan atas tulisan yang tersiar di akhbar itu. 
  • 4. Aku berazam untuk lulus dalam peperiksaan kali ini. 
  • 5. Pulau Astaka akan dijadikan tempat untuk menapis minyak  mentah. 
  • 6. Dia hendak menyertai perkhemahan itu jika ibunya membenarkannya. 


Wednesday, December 5, 2012

KATA GANTI NAMA

Salam 1Malaysia...
Hari ini cikgu ingin berkongsi dengan murid-murid kata ganti nama...Apa itu kata ganti nama?? Perkataan Ganti Nama ialah perkataan yang menggantikan perkataan NAMA. Di sini cikgu akan memberikan serba sedikit tentang kata ganti nama..Semoga ia dapat memberi manfaat kepada murid-murid sekalian... ;-)

sila rujuk pautan di bawah...

Tuesday, November 13, 2012

Latihan Tatabahasa

Selamat sejahtera murid-murid yang cikgu kasihi, hari ini cikgu akan memberi sedikit latihan tatabahasa ,cikgu berharap agar kefahaman murid-murid dapat dipertingkatkan dengan beberapa latihan ini seterusnya mencapai kecemerlangan :-)
Selepas murid-murid menjawab soalan-soalan berikut,sila semak jawapan di bahagian bawah :



1) Abang ada se _____ kereta. (buah, biji, papan, batang)

2) Katak ________ ke dalam air. (berlari, mengejar, melompat, berjalan)

3) Ahmad berasal dari ________. (Johor Bahru, hospital, langit, rumput)

4) Melissa tinggal _________ rumah teres dua tingkat itu. (di, pada, ke, dan)

5) Ibu negeri Kedah ialah _________. (Shah Alam, Alor Star, Kuala Kangsar, Kuala Terengganu)

6) __________ hari saya ke sekolah menaiki bas. (Sepenuh, Tiap-tiap, Setengah, Semua)

7) __________ kah nama murid lelaki itu? (Bagaimana, Siapa, Bila, Apa)

8) Dua __________ arnab telah terlepas dari kandangnya. (buah, ekor, batang, biji)

9) ___________, manisnya buah ciku ini!. (Wah, Amboi, Alamak, Ah)

10) Kakak dan adik sedang __________ televisyen. (membuat, melihat, menonton, menghadap)







JAWAPAN:
1.buah   2.melompat  3.Johor Bahru  4.di  5.Alor Star  6.Tiap-tiap  7.Apa  8.Ekor  9.Wah  10.menonton

Sunday, October 7, 2012

RUKUN NEGARA

Selamat sejahtera murid-murid,hari ini cikgu akan mengajar tentang rukun negara. Sebagai rakyat Malaysia, kita mestilah patuh kepada prinsip-prinsip rukun negara. Terlebih dahulu,mari kita mendengar lagu prinsip rukun negara. Cikgu berharap murid-murid mendengar lagu prinsip rukun negara ini dengan teliti.



Wednesday, October 3, 2012

KENALI KENDERAAN



Salam 1 Malaysia murid-murid.

Hari ini cikgu ingin memperkenalkan jenis-jenis kenderaan.Kenderaan di Malaysia terbahagi kepada  tiga iaitu kenderaan darat, laut dan kenderaan udara.

Contoh kenderaan darat ialah kereta, van, bas, lori dan motosikal. Lihat gambar di bawah :

sebuah van


sebuah basikal

sebuah bas





Contoh kenderaan laut :
 pula ialah kapal laut, bot, sampan dan kapal selam.

sebuah feri


sebuah kapal laut


sebuah perahu


Contoh kenderaan di udara ialah kapal terbang, helikopter dan jet.

sebuah kapal terbang




sebuah jet


sebuah helikopter



Semoga dengan tajuk ini murid-murid memahami jenis-jenis kenderaan dengan tepat dan betul.


PENJODOH BILANGAN

Salam 1 Malaysia murid-murid. Hari ini cikgu memuat turun slaid berkaitan dengan Penjodoh Bilangan. Tentu murid-murid telah pun belajar topik ini. Walau bagaimanapun hari ini cikgu hanya ingin menambah lagi pengetahuan murid-murid tetapi berserta dengan gambar. Harapan cikgu agar murid-murid dapat memahami dengan lebih jelas berkaitan penjodoh bilangan.