Selamat sejahtera murid-murid yang cikgu kasihi, hari ini cikgu akan memberi sedikit latihan tatabahasa ,cikgu berharap agar kefahaman murid-murid dapat dipertingkatkan dengan beberapa latihan ini seterusnya mencapai kecemerlangan :-)
Selepas murid-murid menjawab soalan-soalan berikut,sila semak jawapan di bahagian bawah :
1) Abang ada se _____ kereta. (buah, biji, papan, batang)
2) Katak ________ ke dalam air. (berlari, mengejar, melompat, berjalan)
3) Ahmad berasal dari ________. (Johor Bahru, hospital, langit, rumput)
4) Melissa tinggal _________ rumah teres dua tingkat itu. (di, pada, ke, dan)
5) Ibu negeri Kedah ialah _________. (Shah Alam, Alor Star, Kuala Kangsar, Kuala Terengganu)
6) __________ hari saya ke sekolah menaiki bas. (Sepenuh, Tiap-tiap, Setengah, Semua)
7) __________ kah nama murid lelaki itu? (Bagaimana, Siapa, Bila, Apa)
8) Dua __________ arnab telah terlepas dari kandangnya. (buah, ekor, batang, biji)
9) ___________, manisnya buah ciku ini!. (Wah, Amboi, Alamak, Ah)
10) Kakak dan adik sedang __________ televisyen. (membuat, melihat, menonton, menghadap)
JAWAPAN:
1.buah 2.melompat 3.Johor Bahru 4.di 5.Alor Star 6.Tiap-tiap 7.Apa 8.Ekor 9.Wah 10.menonton