~BAHASA MALAYSIA TAHAP 1~ BLOG INI KHAS UNTUK GURU-GURU, IBU BAPA DAN MURID-MURID YANG INGINKAN PEMBELAJARAN SECARA TIDAK LANGSUNG BERDASARKAN MATA PELAJARAN UTAMA YANG DIAJAR IAITU BAHASA MALAYSIA.
Sunday, October 7, 2012
RUKUN NEGARA
Selamat sejahtera murid-murid,hari ini cikgu akan mengajar tentang rukun negara. Sebagai rakyat Malaysia, kita mestilah patuh kepada prinsip-prinsip rukun negara. Terlebih dahulu,mari kita mendengar lagu prinsip rukun negara. Cikgu berharap murid-murid mendengar lagu prinsip rukun negara ini dengan teliti.
Wednesday, October 3, 2012
KENALI KENDERAAN
Salam 1 Malaysia murid-murid.
Hari ini cikgu ingin memperkenalkan jenis-jenis kenderaan.Kenderaan di Malaysia terbahagi kepada tiga iaitu kenderaan darat, laut dan kenderaan udara.
Contoh kenderaan darat ialah kereta, van, bas, lori dan motosikal. Lihat gambar di bawah :
sebuah van
sebuah basikal
sebuah bas
Contoh kenderaan laut :
pula ialah kapal laut, bot, sampan dan kapal selam.
sebuah feri
sebuah kapal laut
sebuah perahu
Contoh kenderaan di udara ialah kapal terbang, helikopter dan jet.
sebuah kapal terbang
sebuah jet
sebuah helikopter
Semoga dengan tajuk ini murid-murid memahami jenis-jenis kenderaan dengan tepat dan betul.
PENJODOH BILANGAN
Salam 1 Malaysia murid-murid.
Hari ini cikgu memuat turun slaid berkaitan dengan Penjodoh Bilangan. Tentu murid-murid telah pun belajar topik ini. Walau bagaimanapun hari ini cikgu hanya ingin menambah lagi pengetahuan murid-murid tetapi berserta dengan gambar. Harapan cikgu agar murid-murid dapat memahami dengan lebih jelas berkaitan penjodoh bilangan.
Subscribe to:
Posts (Atom)