Welcome To My Blog
|Home|Follow|Dashboard|

Wednesday, December 12, 2012

Menyusun Perkataan

Susun perkataan-perkataan di bawah supaya menjadi ayat yang betul.

1.  Ibu - pejabat- sahaja  - baru - dari - pulang
 _________________________________

2.  Mutiara - Satu - murid - Saya - Tahun
__________________________________

3.  cerita - Hobi - membaca - Iman - buku
__________________________________

4.  Yassir - guru - menjadi - bercita-cita
__________________________________

5.  Abang - menolong - ibu - rumah - mengemas - dan - kakak
__________________________________

Karangan Cereka

Kamu bercita-cita hendak menjadi seorang doktor.Tuliskan sebuah karangan mengenai cita-cita kamu itu.

                      Cita-Cita Saya
                                                    
~ lakukan                                                  
~ berazam                                                
~ merawat dan mengubati pesakit         
~ membantu                                             
~ tercapai
~ melanjutkan pelajaran ke universiti 
~ hospital atau klinik
~ belajar rajin-rajin
~ membayar
~ pekerjaan
~ kesihatan orang ramai


                    Semua orang ada cita-cita. Cita-cita ialah apa yang kita akan _______________
pada masa akan datang. Biasanya cita-cita ialah jenis _________________ kita apabila dewasa nanti.

                   Saya juga ada sebuah cita-cita. Cita-cita saya ialah ingin menjadi seorang doktor. Tugas doktor ialah _________________________. Doktor bekerja ____________________

                   Saya ingin menjadi seorang doktor kerana mahu menjaga __________________.
Saya mahu seluruh rakyat Malaysia sihat daripada segala penyakit. Saya juga mahu _____________________ orang-orang miskin yang tidak mampu ____________________
harga ubat.

                  Untuk menjadi seorang doktor, saya mesti _____________________________
dari peringkat rendah lagi. Saya akan mengikut nasihat guru dan ibu bapa saya. Saya akan belajar hingga berjaya _______________________________.

                  Saya ___________________________ untuk mencapai cita-cita saya suatu hari nanti. Saya berdoa semoga cita-cita saya itu akan ____________________ juga akhirnya.

Saturday, December 8, 2012

SIMPULAN BAHASA

Salam murid-murid..

Hari ini cikgu ingin berkongsi satu lagi tajuk .. Tajuk yang ingin kongsikan ialah SIMPULAN BAHASA..

Apa itu SIMPULAN BAHASA??

~ Merupakan bentuk peribahasa yang paling ringkas
~ Kebiasaannya terdiri daripada dua patah perkataan.
~ Membawa maksud halus

Di bawah terdapat beberapa contoh SIMPULAN BAHASA :-



Latihan Simpulan Bahasa


Pilih jawapan yang betul.


1.
Sebagai anak perempuan tunggal, Aminah menjadi ______________ keluarga Encik Atan. Segala permintaannya dipenuhi termasuk dibelikan barang-barang mewah.   
A
anak angkat
B
anak buah
C
anak emas
D
anak pungut

2.
Pelajar yang _____________ itu menjawab semua soalan Matematik dalam masa 20 minit sahaja.  
A
telinga lintah
B
malu-malu kucing
C
tawar hati
D
tajam akal  
3.
``Nampaknya saya ______________, sampai-sampai saja makanan enak sudah terhidang di atas meja,’’  kata Ahmad kepada Haji Karim.  
A
makan angin
B
tangkai jering
C
langkah kanan
D
durian runtuh  
4.
``Makan ______________ sahaja, ketika waktu pejabat awak tidur, cukup bulan tuntut gaji lebih,’’ herdik majikan itu kepada pekerjanya.  
A
makan angin
B
gaji buta
C
banyak mulut
D
panas hati  
5.
Murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran atau peribadi dinasihati meluahkan___________nya kepada guru kaunseling secepat mungkin.  
A
isi hati
B
serkap jarang
C
ringan mulut
D
panas hati  
6.
Halimah dan suaminya kini hidup gembira selepas dikurniakan seorang ____________ baru-baru ini.  
A
cahaya mata
B
sakit mata
C
mata air
D
putih mata  
7.
Kes itu telah menjatuhkan _______________nya, apatah lagi selepas tuduhan oleh penduduk kampung ke atasnya dilakukan secara ________________.  
A
air mata, bidan terjun
B
air muka, serkap jarang
C
air mata, tangkai jering
D
air muka, rambang mata  
8.
Setelah lima kali gagal dalam ujian itu, Shahdan mula ___________ untuk mencuba buat sekian kalinya, apatah lagi kini dia sedang menghadapi masalah kewangan  
A
putih mata
B
ringan mulut
C
tawar hati
D
jatuh hati  
9.
Jangan ___________ dengan kejayaan rakan-rakan kerana kalau kita rajin berusaha, tentu kita juga akan berjaya.  
A
jatuh hati
B
iri hati
C
isi hati
D
harga diri  
10.
Sejak menjadi ___________ kepada keluarga kaya itu, dia mula _____________ dan enggan mendengar nasihat kawan-kawan serta guru-guru di sekolahnya.    
A
anak angkat, besar kepala
B
anak angkat, banyak mulut
C
anak emas, serkap jarang
D
anak buah, malu-malu kucing

PERSIAPAN PERSEKOLAHAN SESI 2013

Selamat pagi murid-murid..

Tinggal beberapa hari lagi kita akan memasuki tahun 2013.. Sesi persekolahan pun akan bermula..Bagaimana dengan persiapan murid-murid? Cikgu berharap murid-murid dapat memanfaatkan cuti persekolah dengan aktivi yang berfaedah.. 

Murid-murid sudah bersedia untuk memulakan sesi persekolahan? Ibu bapa/penjaga dan muri-murid mesti tengah sibuk membuat persiapan persekolahan kan.. 

Berhemahlah dalam perbelanjaan dan berhati-hati ketika membeli kelengkapan persekolahan.. 

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH !!!

(kartun ehsan Doodle Dakwah Facebook)